tv3


Get your own tv -->click here

tv1


Get your own tv -->click here

tv9


Get your own tv -->click here

Saturday, May 23, 2009

Anda Rabun Warna?

Anda ni sebenarnya rabun warna. Awak tak percaya? Awak cuba klik link di bawah untuk membuktikan awak juga rabun warna. Tak nak cuba? Takut erk? Cubalah kalau berani.

klik disini (ujian rabun warna)

Rabun Warna

Rabun warna atau colour blindness sering disalahertikan. Ramai yang menganggap orang yang mempunyai rabun warna mempunyai penglihatan bagaikan televisyen hitam putih. Sebenarnya, orang yang rabun warna itu tidak sebenarnya buta warna, cuma persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan normal.

Contohnya, jika kita melihat warna merah menyala, seseorang yang mempunyai defeksi warna merah akan melihat warna tersebut seperti warna merah gelap. Jenis rabun warna adalah pelbagai dan tahap keterukan rabun warna itu sendiri berbeza. Walau bagaimanapun, ada segelintir orang yang mempunyai defek warna yang sangat teruk di mana ia boleh menyebabkan mereka ‘buta’ terhadap semua warna.
Jenis rabun warna yang biasa dijumpai adalah jenis defek warna hijau-merah atau biru-kuning.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa rabun warna biasanya bersifat kongenital. Ini bermakna, masalah ini telah ada pada kanak-kanak itu sejak lahir lagi disebabkan pembawaan genetik. Ada kalanya ia berlaku hanya setelah dewasa kerana menghidap sesuatu penyakit. Masalah rabun warna ini sukar untuk dikesan tanpa menjalani ujian warna.

Malah ramai ibu bapa tidak dapat mengecam masalah ini pada anak-anak sewaktu mereka masih kecil. Oleh kerana kanak-kanak yang terlalu muda tidak begitu mengenali jenis-jenis warna, agak sukar bagi ibu bapa ataupun guru untuk mengesan sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai masalah rabun warna.

Kanak-kanak rabun warna juga biasanya mempamerkan akuiti visual yang baik. Disebabkan itu, ibu bapa tidak mengambil perhatian sewajarnya memandangkan tiada masalah yang ketara timbul di usia sedemikian. Adalah penting untuk mengetahui sama ada anak anda mempunyai masalah rabun warna ataupun tidak.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah rabun warna biasanya mempunyai masalah pembelajaran di sekolah terutamanya di awal persekolahan, di mana, banyak aktiviti menggunakan warna seperti melukis dan mewarna dilakukan. Penggunaan komputer juga boleh terjejas sedikit bagi pengguna yang mempunyai rabun warna. Warna mula dikenali serta dilihat sejak dari bayi lagi.

Pada mulanya, warna sukar untuk dibezakan oleh bayi, tetapi selepas beberapa bulan bayi mula tertarik kepada warna-warna terang seperti kuning dan merah. Bagi kanak-kanak yang berumur kurang daripada empat tahun, agak sukar bagi mereka untuk membezakan tona warna yang sama seperti hijau pucuk pisang dan hijau rumput.

Kanak-kanak perlu mempelajari dan memahami bukan hanya warna, tetapi juga bentuk dan saiz objek. Mereka perlu diberitahu bahawa banyak objek mempunyai warna yang sama. Kebanyakan kanak-kanak mula dapat mengecam dan menamakan warna dengan betul selepas berusia lima tahun.

Apa itu rabun warna?

Di belakang mata terdapat satu lapisan nipis yang dikenali sebagai retina. Di lapisan retina terdapat dua jenis sel iaitu sel rod dan sel kon. Kedua-dua sel ini mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap cahaya. Sel-sel rod sangat sensitif pada cahaya dan ia mampu bertindak balas terhadap cahaya walaupun dalam keadaan berkabus atau dalam cahaya malap. Walau bagaimanapun, sel ini tidak dapat membezakan warna.

Oleh itu, pada malam hari, kita masih dapat melihat cahaya malap tetapi dalam bentuk bayangan hitam, kelabu dan putih. Sel-sel kon pula bertindak balas terhadap cahaya yang lebih terang dan yang berwarna. Terdapat tiga jenis sel kon iaitu setiap satunya bertindak balas dengan warna merah, hijau dan biru. Seseorang yang rabun warna akan mengalami kekurangan salah satu atau lebih sel kon.

Fakta genetik mengenai rabun warna

Rabun merah-hijau biasanya berpunca daripada genetik ataupun keturunan. Ia lebih kerap terjadi kepada lelaki berbanding perempuan. Ini disebabkan oleh susun atur kromosom. Gen yang menyebabkan rabun merah-hijau terdapat pada kromosom X (lelaki memiliki satu kromosom X manakala perempuan memiliki dua kromosom X).

Sekiranya ibu adalah pembawa gen rabun merah-hijau (satu X normal dan satu X terubah), anak perempuannya tidak akan mendapat rabun warna tetapi kebiasaannya anak lelaki yang akan mendapat rabun warna tersebut. Anak perempuan pula kebiasaannya akan mempunyai penglihatan warna yang normal kecuali sekiranya ibunya adalah pembawa dan ayahnya pula rabun warna.

Masalah yang boleh timbul

Kebanyakan aktiviti seharian banyak bergantung kepada penggunaan warna seperti pemilihan pakaian yang sepadan atau penggunaan pen yang berlainan warna. Sekiranya mereka tidak dapat memilih warna tersebut dengan tepat, mereka terpaksa bergantung kepada perbezaan pada objek itu untuk menolong mereka memilih seperti, baju berkolar warna merah dan seluar berpoket warna hitam.

Kanak-kanak di dalam kelas tadika sering didedahkan dengan alat-alat pembelajaran seperti kiub, pensel warna dan mainan. Adalah digalakkan barang-barang mainan ini dilabelkan dengan nama warna ataupun terdapat dalam saiz berlainan yang mana, kanak-kanak dapat mengamati perbezaannya dengan melihat pada saiz objek.

Pada skrin komputer pula, kebiasaannya perkataan atau simbol yang penting akan dihitamkan atau warna berbeza digunakan. Mereka yang rabun warna tidak akan menghadapi masalah membezakan ayat kerana kecerahan komputer boleh menolong membezakan warna mengikut tona gelap dan cerah.

Seseorang yang rabun warna (tahap rendah) mungkin tidak mempunyai masalah mengamati lampu isyarat. Ini kerana, susunan warna lampu isyarat adalah sama di mana-mana iaitu warna merah berada di kedudukan atas sekali. Walau bagaimanapun, ia mungkin sukar dilihat pada waktu malam atau sewaktu hujan lebat.

Hal yang sama juga boleh terjadi kepada lampu brek kereta yang berwarna merah akan kelihatan sangat malap (merah gelap) bagi mereka yang rabun warna. Bagi rabun warna (tahap serius), warna lampu isyarat mungkin tidak dapat dibezakan sama sekali.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah pekerjaan yang sememangnya tidak dapat dilakukan oleh mereka yang mempunyai rabun warna seperti pendawaian, makmal kimia dan kerja-kerja pengendalian kenderaan komersial dan tugas-tugas ketenteraan dan polis.

Apa yang dapat dilakukan

Semua kanak-kanak (terutamanya kanak-kanak lelaki) sewajarnya menjalani ujian penglihatan warna terutamanya bagi mereka yang mempunyai saudara atau keluarga yang diketahui mempunyai masalah rabun warna. Ujian ini boleh dilakukan pada usia lima tahun dan ke atas terutamanya jika kanak-kanak sudah mula faham arahan yang diberi dan sudah boleh mengenal nombor.

Sekiranya kedua-dua belah keluarga ayah dan ibu diketahui ada mempunyai masalah rabun warna, maka kanak-kanak perempuan juga dinasihatkan untuk menjalani ujian penglihatan. Kebanyakan ujian penglihatan yang dijalankan di sekolah hanya tertumpu kepada akuiti penglihatan dan jarang sekali kanak-kanak disaring untuk masalah rabun warna.

Ujian penglihatan warna yang kebiasaannya dilakukan oleh optometris adalah dengan menggunakan carta yang direka khas untuk mengesan rabun warna (Ishihara colour plates) dan juga alat-alatan lain seperti D-15, 100 Hue dan Anamaloskop. Apabila rabun warna dikesan, ujian selanjutnya akan dijalankan untuk mengesan keterukan rabun warna tersebut dan jenis rabun warna yang dialami.

Setelah diagnosis diperoleh, konsultansi atau rundingan berkenaan keadaan penglihatan warna tersebut akan diberi dan satu surat khas akan dikeluarkan untuk menyatakan status penglihatan warna bagi orang rabun warna tersebut.

Bagaimana orang rabun warna dapat dibantu?

Pengesanan awal dari usia kanak-kanak dapat membantu membaiki kelemahan ini. Sepatutnya kita tidak melihatnya sebagai satu kecacatan. Mereka yang rabun warna dapat melihat warna kecuali persepsi warna itu sendiri yang dilihat berlainan daripada normal seperti warna merah cerah dilihat sebagai merah gelap atau hitam sementara warna hijau dilihat sebagai kuning coklat (bergantung pada keterukan rabun warna).

Sekiranya guru mengetahui bahawa kanak-kanak itu mempunyai masalah rabun warna, mereka dapat membantu atau mengajar kanak-kanak ini dengan cara yang berlainan dan lebih efektif. Bagi ibu bapa pula anda boleh menolong anak anda dengan melabelkan nama warna pada pensel warnanya supaya dia dapat memilih warna yang sepatutnya apabila melakukan aktiviti mewarna. Ini dapat mengelakkan dirinya daripada diejek oleh rakan-rakan.

Mereka juga perlu dibantu untuk mengenal warna sebenar meskipun persepsi warna yang dilihat adalah berlainan, contohnya: rumput berwarna hijau gelap dan bukannya hijau muda. Rabun warna tidak mempunyai sebarang rawatan khusus. Terdapat alat optikal seperti kanta sentuh khas dan cermin mata dengan penapis warna tertentu dapat membantu untuk meningkatkan tona warna lantas mampu membezakan warna-warna defek dengan lebih mudah.

Walau bagaimanapun ini bukanlah satu kaedah rawatan yang dapat membantu kanak-kanak untuk mendapatkan persepsi warna yang lebih normal tetapi hanya satu kaedah untuk membolehkan seseorang mengecam warna dengan lebih baik. Namun, kejayaan alat-alat ini amat bergantung kepada tahap rabun warna individu itu sendiri.

Berapa jeniskah buah-buahan yang dapat anda lihat?

Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal (trikromat) akan dapat melihat lima timbunan buah-buahan yang berlainan jenis. Dari belakang kelihatan timbunan buah-buahan berwarna merah, hijau, merah, kuning dan oren.

Orang yang mempunyai rabun warna merah-hijau sukar melihat semua timbunan buah-buahan dengan jelas. Kemungkinan hanya tiga atau empat jenis buah-buah yang dapat dilihat mereka.

Sweet Charity mp3

Lady Gaga mp3

Unlock Apple iPhone