tv3


Get your own tv -->click here

tv1


Get your own tv -->click here

tv9


Get your own tv -->click here

Friday, December 25, 2009

tukar theme facebook

cara-cara untuk menukar theme style untuk facebook anda:
  1. pastikan anda meng'update' mozilla firefox versi terbaru.(http://www.mozilla.com/en-US/)
  2. install add-on stylish firefox mozilla anda. (https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/2108)
  3. install add-on boost firefox mozilla anda. (https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/3120)
  4. restart pc and firefox anda.
  5. masuk ke website userstyles untuk memilih theme yang anda minati. (http://userstyles.org/styles/site/facebook.com)
  6. kemudian pilih theme yang anda minat dan install dengan klik pada 'install with style' 
  7. anda boleh merujuk dalam video youtube dibawah 
            (http://www.youtube.com/watch?v=K-wYarR64vE)

Saturday, December 19, 2009

~Amalan Sepanjang Masa~

  • Solat fardhu berjemaah di masjid,surau atau di rumah.
  • Solat Sunat Rawatib
  • Melakukan Solat Sunat tertentu seperti Solat sunat hajat,tahajud,witir dan sebagainya.
  • Membaca zikir Mathurat selepas Subuh.
  • Membaca Al-Quran
  • Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah,kelas agama,pengajian atau kuliah dan sebagainya.
  • Melakukan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis serta puasa sunat tertentu yang lain.
  • Membaca segala wirid dan do'a harian.
  • Bersedekah
  • Mengerjakan umrah bagi yang mampu khususnya pada bulan Ramadhan.
  • Memelihara mulut,mata,telinga,& anggota lain dari perbuatan keji & maksiat.
  • Mengingati mati selalu dan menziarahi orang yang sakit.
  • Menziarahi sahabat handai,orang alim,ulama & tuan guru.
  • Amar Maa'ruf Nahi Mungkar.

AMALAN YASIN AYAT 10 UNTUK MEMBUKA MINDA MANGSA SIHIR GUNA-GUNA/PENGASEH

وَسَوَآءٌ عَلَيۡہِمۡ ءَأَنذَرۡتَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تُنذِرۡهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ
Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman. (10)

1) Jazamkan dahulu ayat diatas sekali seumur hidup,lakukan solat hajat dan baca ayat diatas 313x lalu berdoa minta Allah sebatikan ayat ini dalam badan.

2) Wiridkan yasin 10 nie 33x tiap-tiap lepas solat dengan istiqomah lalu berdoa minta dibukakan minda "polan bin/bte si polan" supaya kembali kepada keadaan seperti sediakala.

Thursday, December 17, 2009

Blog Entry Amalan Sunat di bulan Muharram

Antara amalan yg sunat dilakukan pd bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan
berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

 

Tuesday, December 15, 2009

Amalan sihir (ilmu hitam) dan kesan terkena sihir

Amalan sihir (ilmu hitam) dan kesan terkena sihir

Berikut adalah di antara amalan-amalan yang dilakukan oleh tukang-tukang sihir atau pengamal ilmu hitam untuk mendekatkan diri mereka kepada syaitan-syaitan jin :

1. Mengikat mashaf al Quran di bawah kedua tapak kakinya (dijadikan selipar) kemudian di bawa masuk berjalan ke dalam tandas.

2. Menulis ayat-ayat al Quran dengan najis, kotoran atau darah haid di bawah dua belah seliparnya.

3. Menulis ayat-ayat al Fatihah secara terbalik.

4. Bersolat tanpa berwuduk dan kadang-kadang dalam keadaan berjunub.

5. Melakukan penyembelihan semata-mata kerana syaitan dan tidak menyebut nama Allah ketika meyembelihnya dan hasil sembelihan itu diletakkan di tempat-tempat tertentu sebagai persembahan khusus bagi syaitan

6. Melakukan pemujaan terhadap matahari,bulan atau bintang di langit dan mengabdikan diri hanya objek tersebut dan tidak kepada Allah S.W.T.

7. Mengadakan hubungan kelamin dengan ibu kandung atau anak perempuannya sendiri.

8. Melumurkan tahi ke seluruh tubuh dan tidak boleh mencucinya selama beberapa hari atau tempuh tertentu.

9. Memuja kuburan dan memanggil ruh ruh

10. Memuja tengkorak mayat orang mati terbunuh atau kanak kanak

Jenis jenis sihir yang biasa kita lihat dan kesannya

1. Sihir memisahkan atau menceraikan perhubungan diantara dua orang atau lebih.

Jabir r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

“Sesungguhnya si iblis akan meletakkan singgahsananya ke atas air, lalu mengutus awak­ awaknya (untuk dibawanya berja/an-jalan). Lalu dengan sengaja ia akan menghampiri sesebuah rumahtangga terutama yang rnenghadapi krisis kritikal. Apahila seseorang lain yang datang dengan berkata: ‘Aku telah melakukan begini dan begitu...’ (mendamaikan kedua pasangan suami isteri tersebut,), maka si iblis akan berkata: ‘Sebenarnya kamu masih belum melakukan apa-apa’. Kernudian apabi/a ada seseorang lain yang berkata: ‘Aku tidak akan /epaskan orang itu melainkan aku akan pisahkan dia dengan islerinya’, maka si iblis tadi akan cepat-cepat rnenghampirinya lalu berkata: ‘Ya! Engkaulah orang yang bijak’ “. Hadis riwayat Muslim.

Sihir Pemisah adalah satu amalan sihir yang sengaja dilakukan untuk memisahkan di antara dua orang atau lebih samaada antara suarni isteri, rakan taulan, rakan kongsi dan sebagainya..

Kesan sihir

1. Berubahnya sesuatu keadaan tertentu secara serta merta seperti rasa kasih sayang kepada kemarahan dan kebencian.

2. Timbul perasaan syak wasangka di antara kedua belah pihak secara tiba tiba

3. Tiada perasaan timbang rasa.

4. Memperbesar-besarkan isu pertikaian walaupun pertikaian yang berlaku hanya meliputi perkara kecil sahaja.

5. Berlaku perubahan pada penglihatan sebenar rupa bentuk tubuh di antara kedua-dua suami isteri. Contoh : suami mendapati rupa paras isterinya sangat hodoh walaupun isterinya seorang yang cantik jelita. Begitu juga sebaliknya. Syaitan telah menukarkan wajah yang cantik kepada wajah yang buruk melalui sihir.Isteri pula pada pandangan matanya melihat wajah suaminya sangat menakutkan atau buruk.

6. Mangsa berasa bosan terhadap aktiviti aktiviti harian yang dilakukan serta tempat tinggal sendiri. Mangsa akan berasa senang hati dan gembira jika berada di luar rumah..

Dalam Kitab Tasir Ibnu Kathir (1/144), Al Haafiz ibnu Kathir rahimahullah pernah berpendapat:

“Tujuan berlakunya sihir bentuk pemisahan ini terhadap pasangan suami isteri ialah untuk memukau mereka agar pandangan mata masing-masing mendapati rupa paras atau sifat kejadian yang dilihat sangat hodoh atau apa-apa sebab lain yang boleh bertindak memecahbelahkan mereka.”

2. Sihir pengasih atau sihir kasih sayang

Sabda Rasulullah s.a.w :

Ertinya: “Sesungguhnya jampi serapah, tangkal azimat serta sihir ilmu pengasih adalah syirik”. Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, lbnu Majah dan al Haakim. Hadis sahih, lihat Sahih al Albaaniy hadis nombor 331.

Dalam kitab an Nihaayah (1/200), Ibnu al Athiir rahimahullah telah berkata:

“At Tiwaalah ialah sejenis ilmu sihir yang dikenakan supaya bertambah tambah kecintaan si isteri kepada si suami atau sebaliknya. Ia termasuk di dalam perkara­ perkara syirik kerana kepercayaan seseorang hanya tertumpu bahawa ia sahajalah yang mampu bertindak balas terhadap sesuatu yang dihajatkan. Perbuatan itu betul-betul bertentangan dengan qadar Allah S.WT.”

Bentuk jampi serapah yang dimaksudkan di dalam hadis di atas adalah jampi serapah yang mengandungi unsur-unsur perkhidmatan jin, syaitan dan seumpamanya. Ia adalah bentuk-bentuk syirik . Jampi jampi yang menggunakan ayat-ayat al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang disyaratkan, maka ia harus digunakan menurut majoriti (ijmak) ulamak. Terdapat di dalam Sahih Muslim bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

Ertinya: Tidak mengapa melakukan jampi serapah selagi mana tidak bercampur dengan unsur-unsur syirik”. Riwayat Muslim.

Kesan sihir

1. Bertambahnya rasa kecintaan dan kasih sayang secara mendadak.

2. Keinginan yang memuncak untuk melakukan persetubuhan.

3. Selalu sahaja pelahap, tidak sabar-sabar dan tidak tahan untuk menikmati persetubuhan.

4. Mengikut sahaja apa-apa sahaja pandangan dan permintaan pasangannya.

5. Suami mentaati perintah si isteri dengan membuta tuli.


3. Sihir Pukauan

Adalah dari jenis sihir yang mampu mengubah pandangan mata seseorang.

Contoh :

1. Sesuatu objek yang asalnya tetap, tetapi tiba-tiba sahaja ianya bergerak-gerak.

2. Sesuatu objek yang asalnya kecil, tiba-tiba bertukar menjadi besar.

3. Diperlihatkan sesuatu yang bukan hakikatnya yang sebenar, contohnya orang ramai di zaman Nabi Musa melihat tali dan tongkat bertukar menjadi ular yang bergerak-gerak.

Tukang sihir akan mempamirkan kepada orang ramai sesuatu benda yang dan dia akan memulakan bacaan mentera, jampi serapah atau apa-apa lagi bacaan syirik bertujuan memanggil syaitan­

4. Sihir Gila

Kharijah bin as Sulti telah meriwayatkan sebuah hadis dan katanya:

Aku telah pergi menemui Rasulullah S.A.W., untuk memeluk agama Islam. Setelah selesai aku pun pulang. Di perjalanan aku telah melalui sebuah perkampungan. Di situ terdapat seorang lelaki yang terkena penyakil gila dengan tubuh badannya telah dirantai. Lalu salah seorang dan keluarganya berkata:

“Sesungguhnya aku telah mendengar berita bahawa sahahat kamu ini telah datang membawa kebaikan. Jadi, adakah sesuatu yang telah anda dapati untuk merawat si malang ini ?”

Lalu aku pun menjampikannya dengan surah al Faatihah. Dengan izin Allah lelaki tersebut pulih seperti sediakala. Keluarga lelaki itu kemudiannya menghadiahkan kepada aku seratus ekor kambing. Aku kemudiannya terus pergi berjumpa Rasulullah S.A.W. dan menceritakan segala yang telah berlaku. Rasulullah S.A.W. kemudiannya bersabda:

“Adakah engkau (telah menambah dengan apa-apa jampi lain) selain dari (surah al Fatihah) itu ?”

“Tidak!” Jawabku. Seterusnya Rasulullah S.A.W. bersabda:

Ertinya: “Ambillah kambing-kambing tersebut, demi umurku, (adalah haram sama sekali barangsiapa yang memakan hasil dari) jampi yang batil (tidak betul). Sesungguhnya kamu telah memakan hasil jampi yang hak (benar)”.

Kesan sihir

1. Mangsa menjadi sasau, kebingungan, pelupa dan kadang-kadang tidak sedarkan diri

2. Mangsa selalu meracau-racau dan menjerit jerit

3. Mata mangsa selalu terbeliak dan melilau-lilau.

4. Mangsa tidak tetap kedudukannya di satu-satu tempat.

5. Kerja-kerja yang dilakukan selalu sahaja terbantut atau tidak lengkap.

6. Tidak mengambil berat terhadap satu-satu pandangan penting.

7. Diperingkat yang kritikal, kadang-kadang dia berjalan-jalan dengan tidak diketahui kemana arah tuju dan kadang-kadang tidur ditempat yang terasing.

5. Sihir menyendiri atau keseorangan

Kesan sihir

1. Suka menyendiri (tidak suka di ganggu)

2. Tidak suka melibatkan diri di dalam pergaulan.

3. Bersifat pendiam dan tidak suka berbual.

4. Benci melibatkan diri dalam hal hal kemasyarakatan.

5. Fikiran selalu tidak menentu dan tidak tentu arah.

6. Sentiasa mengalami pening-pening kepala.

7. Selalu mengasingkan diri sendiri.

Tukang sihir akan mengutus seekor jin kepada orang yang disihirnya. Jin itu masuk ke dalam tubuh mangsa dan menggangu di bahagian otak mangsa.Kelakuan mangsa akan mula berubah menjadi seorang yang suka mengasingkan diri.

6. Sihir Histeria

Kesan sihir

1. Mengalami mimpi-mimpi yang mengerikan.

2. Sering bermimpi di dalam tidumya dan ada suara yang selalu memanggil-manggil namanya.

3. Dalam keadaan jaga, kedengaran suara-suara yang bercakap dengannya tetapi orang yang bercakap tidak kelihatan.

4. Mengalami perasaan was-was.

5. Banyak timbul perasaan syak terhadap rakan dan orang orang yang dikasihi.

6. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang amat tinggi dan rasa gayat.

7. Selalu bermimpi binatang-binatang buas datang menerkam dirinya.

8. Pesakit akan ketakutan,meracau racau dan menjerit jerit.

Tukang sihir akan menyuruh jin supaya menggangu mangsa ketika di dalam tidur dan ketika jaga.Jin akan mengacau mimpi mangsa dengan menjelmakan diri sebagai haiwan ­haiwan ganas datang menerkam. Dalam keadaan jaga pula, jin akan menyeru atau memanggil manggil mangsa dengan menggunakan suara-suara orang yang dikenali manga atau tidak dikenali. Kemudian suara tersebut beransur-ansur berubah dan hanya kedengaran sayup-sayup sahaja.

7. Sihir Penderitaan sakit

Kesan sihir

1. Mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan.

2. Kerapkali diserang penyakit sawan.

3. Mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh badan.

4. Mengalami kelumpuhan keseluruhan anggota badan.

5. Lumpuh semangat dalam melakukan sebarang aktiviti.

Tanda tanda penyakit ini hampir sama dengan penyakit ­penyakit anggota badan yang lain. Untuk membezakan di antara keduanya, selepas dibacakan jampi ke atas mangsa atau ketika ayat-ayat jampi diperdengarkan, sekiranya tubuh mangsa mula bertukar menjadi kebas-kebas, seram sejuk, pening-pening kepala, jejari terketar-ketar atau tubuhnya berubah menjadi pucat lesi, maka sahlah si mangsa terkena sihir. Jika tidak ada gejala-gejala sedemikian sakit-sakit badan yang dialami ialah sakit biasa yang memerlukan rawatan pakar-pakar perubatan lain atau doktor.


8. Sihir Pendarahan (Istihaadah)

Kesan sihir

Sihir berlaku kepada gulongan wanita sahaja. Tukang sihir menyuruh khadam jinnya pergi kepada perempuan yang hendak di sihirnya.Jin bertugas menolak keluar darah dari badan mangsa. Sebaik sahaja jin itu masuk ke dalam jasad mangsa, ia akan bergerak pantas di segenap penjuru jasad melalui saluran ­saluran (urat-urat) darah.

Apabila sampai ke saluran darah di bahagian penting wanita yang dikenali sebagai faraj (rahim), jin terus menolak keluar darah dengan sekuat ­kuatnya . Darah terus mengalir keluar melalui saluran-saluran darah dan bahagian penting tersebut tidak henti henti.

Rasulullah S.A.W. pernah di tanya oleh seorang wamta yang bemama Hamnah binti Jahsy berhubung darah Istihadah, lalu baginda S.A.W. pun menjawab:

“Sesungguhnya darah itu adalah hasil tolakan dari tolakan-tolakan yang dilakukan oleh syaitan”
Riwayat al Tarmiziy, menurutnya hadis ini hasan sahih. Menurut al Bukhan hadis ini martabatnya hasan.

Dalam satu riwayat yang lain pula ada menyebut, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

“Darah itu sebenarnya (darah) urat bukannya darah haid”

Riwayat Imam Abmad, an Nasaaie dengan sanad yang baik.

Ulamak-ulamak feqah menamakan darah tersebut sebagai darah istihaadah. Para doktor menamakannya sebagai pendarahan. Dalam an Nihaayah (m/s:469), Ibnu Al Athir telah berkata:

“Darah istihadah ialah darah yang keluar secara berterusan dari kemaluan wanita selepas hari hari haid sebagaimana kebiasaannya.”

Kadang-kadang penyakit pendarahan ini berlaku selama lebih kurang sebulan. Kadar darah yang keluar tidak menentu, adakalanya sedikit dan adakalanya pula banyak.


9. Sihir gagal perkahwinan

Kesan sihir

Seseorang yang mempunyai sifat dengki akan pergi meminta khidmat tukang-tukang sihir supaya menggagalkan atau mengganggu perkahwinan gadis tertentu, yang bakal berlangsung perkahwinannya. Sebelum memulakan sihir,tukang sihir akan meminta orang yang mendengki tersebut nama mangsa dan nama ibunya serta apa-apa kesan bau dari tubuh badan mangsa.Jin disuruh pergi kepada mangsa untuk melakukan pengkhianatan. Jin menunggu satu masa yang sesuai untuk membolos masuk ke dalam jasad mangsa. Keadaan masa yang dimaksudkan adalah :

a)Ketika mangsa di dalam ketakutan.

b)Ketika mangsa kemarahan.

c)Ketika mangsa lupa.

d)Ketika nafsu syahwat si mangsa memuncak tinggi.

Terdapat dua keadaan yang akan dilakukan oleh jin:

1. Jika berjaya masuk ke dalam jasad wanita, dia akan menjadikan wanita itu merasa jemu dan benci untuk berkahwin dan segala pinangan yang datang ditolak.

2. Jika tidak berjaya masuk ke dalam jasad, jin melakukan sihir pukauan. Ia akan memukau pandangan mata seseorang lelaki sehingga menyebabkan perempuan yang dilihatnya berwajah hodoh dan timbul rasa was-was terhadap apa yang sedang dilihat.Perkara ini juga turut dilakukan kepada pihak perempuan (mangsa).



9. Sihir mati pucuk

Kesan sihir

Syaitan-syaitan jin masuk ke dalam jasad seseorang lelaki dan segera menuju ke pusat ransangan utama iaitu otak. Di situ ia akan bertindak sebagai pengacau di salah satu bahagian utama yang terdapat di dalam otak tersebut yang dikenali sebagai Pusat Ransangan Seks. Dipusat itulah segala isyarat dan maklumat akan sampai ke bahagian anggota kelamin seseorang lelaki iaitu zakar.

Apabila suami cuba menggadakan hubungan seks dengan isterinya dengan serta merta syaitan jin akan mematikan suis ransangan Seks yang berpusat di otak itu . Apabila suis dimatikan, segala isyarat dan maklumat yang sedang bertindak balas akan segera terpadam dan terputus hubungannya dengan zakar. Darah yang sedang berkumpul di dalam zakar segera kembali semula ke pusat masing-masing. Akhirnya, batang zakar yang pada. asalnya menegang keras serta merta terkulai layu, lembik dan mengecut kembali.



10. Sihir mandul

Kesan sihir

Mandul yang dihidapi oleh wanita dan lelaki terbahagi kepada dua :

1. Mandul Anggota Kelamin
Mandul jenis ini perlu mendapatkan rawatan doktor sekiranya ada keupayaan.

2. Mandul Kerana Sihir
Berlaku apabila jin berjaya masuk ke dalam jasad seseorang dan menggangu fungsi anggota kelamin. Rawatan terhadap mandul jenis ini adalah dengan Al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang thabit dari Rasulullah S.A.W.Demikian juga yang dilakukan oleh syaitan jin kepada kaum wanita. Ia akan mengganggu sistem peranakan dan proses persenyawaan di dalam bahagian rahim seseorang wanita.

Apabila proses persenyawaan telah berjaya, maka kehamilan akan berlaku pada wanita. Namun begitu selepas beberapa bulan mengandung syaitan jin akan berusaha sedaya upaya memusnahkannya, seterusnya menolak keluar kandungan tersebut. Pendarahan mula berlaku dan meleleh keluar dari rahim wanita, akhirnya membawa kepada keguguran.Didalam riwayat Al Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W. ada menerangkan bahawa syaitan itu sememangnya mampu bergerak pantas di dalam tubuh badan anak-anak Adam itu melalui saluran saluran darah.

Unlock Apple iPhone