tv3


Get your own tv -->click here

tv1


Get your own tv -->click here

tv9


Get your own tv -->click here

Friday, February 6, 2009

Gerhana bulan penumbra Isnin ini

KUALA LUMPUR: Orang ramai di seluruh negara berpeluang menyaksikan gerhana bulan penumbra (separa) Isnin ini selama empat jam bermula 8.39 malam. Agensi Angkasa Negara (Angkasa), dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan gerhana itu mudah dilihat dengan mata kasar kerana 89.9 peratus daripada cakera bulan berada di bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum. "Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang Bumi.
"Gerhana ini akan bermula dengan fasa satu (penumbra) pada 8.39 malam waktu Malaysia. Gerhana maksimum pula akan berlaku pada 10.38 malam dengan bulan akan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi (fasa empat) pada 12.38 pagi," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, Angkasa akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa di Planetarium Negara bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam.
Orang ramai dijemput hadir menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan.
Mereka yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara, siaran langsung boleh disaksikan di laman web www.angkasa.gov.my bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam. - Bernama

Unlock Apple iPhone