tv3


Get your own tv -->click here

tv1


Get your own tv -->click here

tv9


Get your own tv -->click here

Thursday, May 28, 2009

Champion of European Champion League season 2008/2009 Rome 27hb May 2009

seperti biasa berikut adalah rating pahlawan2 barcelonius menentang manchesterus unitus dalam peperangan akhir bersejarah iaitu campionius leagus musim 2008/2009 sblm masihi di stadiuminus olimpicosus,rome yang menyaksikan panglima2 blaugranus membinasa tentera2 red diablos tanpa rasa belas kasihan dan tanpa rasa wus-wus.

victorius valdesius i arribus (8.0)-namanya pun sudah cukup utk melambangkan semangatnya yg sentiasa inginkan kemenangan.beraksi cemerlang mempertahankan kubu terakhir barcelonius walaupun hampir 70 minit duduk brsahaja sambil mengasah pedangnnya kerana tidak mnerima sebarang ancaman drpd pihak musuh.kelihatan terlelap seketika akibat buhsan nk mampus sblm bangkit dgn ganasnya lalu mengetis cubaan kacang cristianus ronalbudus mggunakan pedang sulitnya yg amat panjang dan tajam itu.sungguh fastastik bombastik mr. loba loba.

carlesies puyolius i soforcadisiesus (9.0)-namanya pun sudah cukup utk membuatkan lidah pihak musuh krem apatah lagi apabila brhadapan dgn beliau.panglima brgelar el kapitanus selama ini mengepalai panglima2 blaugranus yg lain dan byk memperoleh kemenangan dlm peperangan2 menentang empayar2 lain seperti galaktikus,chelsius,bayernus dan lain-lainus.hampir2 merobek kubu unitus sebyk 2 kali.memiliki stamina ibarat sebuah mesin basuh otomatik 4 lejang brjenama singa dgn kuasa basuhan sehingga 100 ribu singapower sekaligus mnyebabkn kepala hotak wayneis rooniyus tidak dapat meneka apakah kaler underwear di dalam mesin basuh itu........(ayat mende nih?aku sndiri pun tak paham).

gnegneris yayahoos touresalidis (9.0)-panglima terbilang dari empayar coteis d'ivoiresis brhijrah ke empayar barcelonius dgn merentas lautan antartikus sblm ditangkap oleh imegresen kerana terlupa utk mengecop pasport di kaunter ketibaan.sungguh menyayat hati namun ianya tidak ada kena mengena langsung dgn topik yg dibincangkan.hanya sekadar intro shj.secara umumnya, kekuatan zahir & batin panglima hitam ini mmg tidak dapat dipertidakkan dan diternidakkan lagi (Huh?).tugasnya kali ini langsung tidak mncabar minda dan hawa nafsu beliau kerana hanya ditugaskn utk mnjaga seekor syetan yg dh nk pencen iaitu ryanus giggsylius.selepas perperangan kelihatan yayahoos touresalidis memberi sedikit tarbiah kpd ryanus gigsylius agar segera brtaubat dan kembali ke jalan yang lurus, bukan brpoya-poya di lorong haji taib.

Gerardios piquelus bernabeus (9.5)-pernah dikidnep oleh pihak musuh selama 3 tahun namun brjaya mlepaskn diri drpd mnjadi hamba maharaja alexius fergusonus yg begitu gilakan kuasa.kembali semula ke empayar barcelonius dan juga ke pangkuan kekasihnya tercinta iaitu emilius juddazuranus.kini hasrat beliau utk menuntut bela di atas kekidnepan yg tlah dilakukan oleh maharaja alexius telah trcapai.dgn ketangkasan beliau memblok bala tentera red diablos dan menafikan percubaan dari syetan sepet iaitu ji sung parkinus sangat marvelus sekali.mmg takdir beliau utk kembali ke barcelonius dan mngecap kejayaan.bak kata pepatah lama roman..”hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sndiri, lebih baik dgr lagu hujan…bilaaaa aku sudah tiadaaa”.

Sylvinhonorado mendes de la campos (8.0)-pejuang veteran yg brhijrah dr wilayah sao paolus,brasillius ini memiliki byk pengalaman di dlm arena peperangan.beliau juga memiliki pengalaman lain seperti penah mnjadi bidan di dalam kampungnya.maka tidak hairanlah beliau memiliki keupayaan utk mnjadi bidan terjun kpd seorang panglima blaugranus yg tidak dpt menyertai rombongan cik kiah ke medan perang kali ini iaitu ericsiles abedalus yg telah trkena foot poisening.kebolehan beliau memperbudak-budakkan syetan sepet ji sung parkinus amat disanjung tinggi.malahan cristianus ronalbudus pun tidak dapat mencilok brader ini.keterroran beliau itu mengingatkan kita kpd sebuah peribahasa jepun iaitu ibarat padi, makin rendah makin berisi ataupun, ibarat udang,  makin tua makin byk isinya…(aaa udang aku tak kata kat hang aaa..jgn ban aku).

Sergios busquetes buragos (7.5)-anak kepada bekas panglima blaugrana iaitu carlesies busquetes baru berumur 20 tahun namun gaya dan skill beliau menentang musuh umpama seorang panglima yg sudah sekian lama berkecimpung di arena perang-perang ni.beliau berupaya mengawal rentak peperangan disamping menangkis serangan bola-bola api di udara dgn mnggunakan kerenjongan beliau seperti galah sebagai edvantej. Trnyata perumpamaan yg sering dipopularkan oleh maharaja Kublai khan yg brbunyi “buah cempedaaak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan” adalah salah sama sekali. Ia sepatutnya brbunyi “buah cempedaaak di luar pagar,tak payah susah2 ambik galah jolok,suruh busquetes saja ambikkan”.

Xavieris hernandeus creusilius (10.0)-bertindak sebagai watak utama. jgn disalah anggap kerana ianya bukanlah watak utama untuk cerita lod of de ring mahupun cerita mak lampir tetapi watak utama dlm merancang semua serangan barcelonius ke atas unitus.ketenangan beliau dalam mengawal situasi di ketika bahang peperangan yg semakin membara membolehkn beliau menerima pengiktirafan sebagai panglima of the match dan juga menerima sebuah piala pusingan beserta sebuah periuk nasik elektrik model pensonik. tidak syak lagi dgn keberanian beliau menyesound ronalbudus selepas puyolius dikasari membuatkn ronalbudus keciritan kerana ketakutan yg melampaui batas. Nasib baik si puyolius tu tak bagi hikmat tendangan Buddha memecah telur peringkat ke 18 dgn kuasa bom nuklear sebyk 16 watt yg dipelajari dari sekolah shaolin.kalau tak jadi setengah masak la telur ronalbudus tu.

Andresis iniestanalofus lujanus (10.0)-apa lagi yg harus diperkatakan tentang panglima dari wilayah albeceteus ini.beliau menguasai seluruh medan perang dan mencipta serangan2 bahaya ke atas kubu red diablos.ibarat kembar kepada panglima xavieris, beliau sentiasa mentarakucar tarakucar carkan benteng pertahanan pihak musuh.walaupun sebelum ini beliau mngalami injury selepas mnjadi hero dgn menakluk empayar chelsius, beliau akhirnya pulih dan kembali beraksi hasil drpd khasiat minyak yu yee cap limau yang diamalkan dgn cara mecampur minyak tersebut dgn racun rumput paraquat, dituang sedikit air bateri dan secubit taik hidung secukup rasa, kemudian direndam brsama stokin dan spender yg tidak dibasuh selama setahun dan akhir sekali digaul ramuan2 tersebut hingga sebati dan bolehlah diminum begitu sj. juga sesuai utk pasangan yg menikmati mlm prtama dan inginkan saat2 “indah” trsebut brpanjangan sehingga keesokkan harinya.

Thierryies danielus henrilles (7.5)-panglima berasal dari kota francius ini brhijrah ke barcelonius 2 tahun yg lepas setelah brkhidmat dibawah empayar arsenalius.kekecewaan beliau setelah melihat empayar barcelonius memenangi peperangan akhir menentang arsenalius dlm campionius leagus musim 2005/2006 di kota kelahirannya Parius menyebabkan beliau brkerat arang brpatah rotan sekaligus mngambil langkah menyertai pasukan blaugranus pada thn 2007 dgn harapan agar dapat memenangi kejuaraan2 berprestij brsama empayar barcelonius. Dalam peperangan menentang unitus kali ini, panglima henrilles tidak dpt beraksi di tahap yg sebenar berikutan kecederaan yg dialami oleh beliau ketika menentang galaktikus.namun kehadiran beliau dlm pasukan blaugranus pada malam yg bersejarah tu pun sudah cukup utk mnseprisekan benteng2 unitus kerana mereka tahu bahawa henriless berupaya untuk merobek kubu unitus brdasarkan rekod peperangan2 yg lalu antara arsenalius dan manchesterus unitus.mempunyai satu peluang baik utk menerobos kota unitus ttp gagal.sayangnya beliau enggan mengamalkan petua yg diamalkan oleh panglima iniestanalofus.kalau tak mgkin beliau sudah brjayus.

Samueliskalesis etoy’r’us filus (9.0)-ini bukanlah nama sejenis serangga mahupun seekor dainesor. panglima brkulit hitam yg berasal dari wilayah kameroones amat meminati penyanyi izwan pilus dan juga kumpulan bekstreet boys.keupayaan beliau merobek kubu trakhir pihak musuh  walau dlm keadaan apa sekalipun menjadi igauan setiap prtahanan musuh.ditambah pula dgn skil2 dan teknik beliau yg pelik sperti kuak lentang, kuak dada, kuak kupu-kupunya cinta, kuak rama-rama dan juga kuak ramasamy mnjadikan beliau penggempur paling berbisa di dunia ini.dalam musim ini shj beliau telah brjaya merobek kubu musuh sebyk 29 kali di dalam peperangan peringkat domestik dan 6 kali di peringkat benua eropah. Beliau juga telah brjaya merobek kubu unitus hasil bantuan drpd panglima iniestanalofus.Mngikut sumber2 yg tidak boleh diharap, pihak musuh dipercayai amat sukar utk mnentukan kedudukan panglima etoy’r’us ketika brperang terutamanya pada waktu mlm wlaupun mggunakn teknologi google earth. mgkin kerana warna kulit beliau mmpunyai chemistry dgn keadaan prsekitaran pd wktu mlm.

Lionelius andresis messias (10.0)-panglima blaugranus yg paling digeruni oleh mana2 pihak musuh pada masa sekarang.ada yg brpendapat bahawa panglima messias adalah jelmaan semula penakluk agung diegos armandios maradonus dan ada  yg brpendapat beliau adalah jelmaan semula makhluk seakan-akan burung keramat yg dipanggil roadus runnerus acceleratii incredibus.tidak kurang juga ada yg menganggap beliau sebagai jelmaan semula polis angkasa gaban.kebolehannya utk melakukan larian2 pantas tahap kelajuan baju gaban yg tiba dlm masa 0.05 saat dan amat mengelirukan tahap kertas peperiksaan matemetik tambahan peringkat spm sdh cukup utk membuatkn pihak musuh terpinga-pinga sambil menjerit “kudaku lari gagah berani!!!yea yeaarrgh!!ohh sungguh terer orang ini.walaupun memiliki kerendahan menyamai pokok cabai namun ianya tidak mematahkan semangat beliau utk menembus kubu unitus dgn mnggunakan hikmat kepala wotak hang membelah gunung berapi Kilimanjoro peringkat tertinggi dgn kuasa atomet bom sebyk 80 juta darjah Celsius yang dipelajari drpd pendekar terulung acher kaben puten maut korjoko!wow!!

Sunday, May 24, 2009

Ukays mp3

Saturday, May 23, 2009

Anda Rabun Warna?

Anda ni sebenarnya rabun warna. Awak tak percaya? Awak cuba klik link di bawah untuk membuktikan awak juga rabun warna. Tak nak cuba? Takut erk? Cubalah kalau berani.

klik disini (ujian rabun warna)

Rabun Warna

Rabun warna atau colour blindness sering disalahertikan. Ramai yang menganggap orang yang mempunyai rabun warna mempunyai penglihatan bagaikan televisyen hitam putih. Sebenarnya, orang yang rabun warna itu tidak sebenarnya buta warna, cuma persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan normal.

Contohnya, jika kita melihat warna merah menyala, seseorang yang mempunyai defeksi warna merah akan melihat warna tersebut seperti warna merah gelap. Jenis rabun warna adalah pelbagai dan tahap keterukan rabun warna itu sendiri berbeza. Walau bagaimanapun, ada segelintir orang yang mempunyai defek warna yang sangat teruk di mana ia boleh menyebabkan mereka ‘buta’ terhadap semua warna.
Jenis rabun warna yang biasa dijumpai adalah jenis defek warna hijau-merah atau biru-kuning.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa rabun warna biasanya bersifat kongenital. Ini bermakna, masalah ini telah ada pada kanak-kanak itu sejak lahir lagi disebabkan pembawaan genetik. Ada kalanya ia berlaku hanya setelah dewasa kerana menghidap sesuatu penyakit. Masalah rabun warna ini sukar untuk dikesan tanpa menjalani ujian warna.

Malah ramai ibu bapa tidak dapat mengecam masalah ini pada anak-anak sewaktu mereka masih kecil. Oleh kerana kanak-kanak yang terlalu muda tidak begitu mengenali jenis-jenis warna, agak sukar bagi ibu bapa ataupun guru untuk mengesan sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai masalah rabun warna.

Kanak-kanak rabun warna juga biasanya mempamerkan akuiti visual yang baik. Disebabkan itu, ibu bapa tidak mengambil perhatian sewajarnya memandangkan tiada masalah yang ketara timbul di usia sedemikian. Adalah penting untuk mengetahui sama ada anak anda mempunyai masalah rabun warna ataupun tidak.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah rabun warna biasanya mempunyai masalah pembelajaran di sekolah terutamanya di awal persekolahan, di mana, banyak aktiviti menggunakan warna seperti melukis dan mewarna dilakukan. Penggunaan komputer juga boleh terjejas sedikit bagi pengguna yang mempunyai rabun warna. Warna mula dikenali serta dilihat sejak dari bayi lagi.

Pada mulanya, warna sukar untuk dibezakan oleh bayi, tetapi selepas beberapa bulan bayi mula tertarik kepada warna-warna terang seperti kuning dan merah. Bagi kanak-kanak yang berumur kurang daripada empat tahun, agak sukar bagi mereka untuk membezakan tona warna yang sama seperti hijau pucuk pisang dan hijau rumput.

Kanak-kanak perlu mempelajari dan memahami bukan hanya warna, tetapi juga bentuk dan saiz objek. Mereka perlu diberitahu bahawa banyak objek mempunyai warna yang sama. Kebanyakan kanak-kanak mula dapat mengecam dan menamakan warna dengan betul selepas berusia lima tahun.

Apa itu rabun warna?

Di belakang mata terdapat satu lapisan nipis yang dikenali sebagai retina. Di lapisan retina terdapat dua jenis sel iaitu sel rod dan sel kon. Kedua-dua sel ini mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap cahaya. Sel-sel rod sangat sensitif pada cahaya dan ia mampu bertindak balas terhadap cahaya walaupun dalam keadaan berkabus atau dalam cahaya malap. Walau bagaimanapun, sel ini tidak dapat membezakan warna.

Oleh itu, pada malam hari, kita masih dapat melihat cahaya malap tetapi dalam bentuk bayangan hitam, kelabu dan putih. Sel-sel kon pula bertindak balas terhadap cahaya yang lebih terang dan yang berwarna. Terdapat tiga jenis sel kon iaitu setiap satunya bertindak balas dengan warna merah, hijau dan biru. Seseorang yang rabun warna akan mengalami kekurangan salah satu atau lebih sel kon.

Fakta genetik mengenai rabun warna

Rabun merah-hijau biasanya berpunca daripada genetik ataupun keturunan. Ia lebih kerap terjadi kepada lelaki berbanding perempuan. Ini disebabkan oleh susun atur kromosom. Gen yang menyebabkan rabun merah-hijau terdapat pada kromosom X (lelaki memiliki satu kromosom X manakala perempuan memiliki dua kromosom X).

Sekiranya ibu adalah pembawa gen rabun merah-hijau (satu X normal dan satu X terubah), anak perempuannya tidak akan mendapat rabun warna tetapi kebiasaannya anak lelaki yang akan mendapat rabun warna tersebut. Anak perempuan pula kebiasaannya akan mempunyai penglihatan warna yang normal kecuali sekiranya ibunya adalah pembawa dan ayahnya pula rabun warna.

Masalah yang boleh timbul

Kebanyakan aktiviti seharian banyak bergantung kepada penggunaan warna seperti pemilihan pakaian yang sepadan atau penggunaan pen yang berlainan warna. Sekiranya mereka tidak dapat memilih warna tersebut dengan tepat, mereka terpaksa bergantung kepada perbezaan pada objek itu untuk menolong mereka memilih seperti, baju berkolar warna merah dan seluar berpoket warna hitam.

Kanak-kanak di dalam kelas tadika sering didedahkan dengan alat-alat pembelajaran seperti kiub, pensel warna dan mainan. Adalah digalakkan barang-barang mainan ini dilabelkan dengan nama warna ataupun terdapat dalam saiz berlainan yang mana, kanak-kanak dapat mengamati perbezaannya dengan melihat pada saiz objek.

Pada skrin komputer pula, kebiasaannya perkataan atau simbol yang penting akan dihitamkan atau warna berbeza digunakan. Mereka yang rabun warna tidak akan menghadapi masalah membezakan ayat kerana kecerahan komputer boleh menolong membezakan warna mengikut tona gelap dan cerah.

Seseorang yang rabun warna (tahap rendah) mungkin tidak mempunyai masalah mengamati lampu isyarat. Ini kerana, susunan warna lampu isyarat adalah sama di mana-mana iaitu warna merah berada di kedudukan atas sekali. Walau bagaimanapun, ia mungkin sukar dilihat pada waktu malam atau sewaktu hujan lebat.

Hal yang sama juga boleh terjadi kepada lampu brek kereta yang berwarna merah akan kelihatan sangat malap (merah gelap) bagi mereka yang rabun warna. Bagi rabun warna (tahap serius), warna lampu isyarat mungkin tidak dapat dibezakan sama sekali.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah pekerjaan yang sememangnya tidak dapat dilakukan oleh mereka yang mempunyai rabun warna seperti pendawaian, makmal kimia dan kerja-kerja pengendalian kenderaan komersial dan tugas-tugas ketenteraan dan polis.

Apa yang dapat dilakukan

Semua kanak-kanak (terutamanya kanak-kanak lelaki) sewajarnya menjalani ujian penglihatan warna terutamanya bagi mereka yang mempunyai saudara atau keluarga yang diketahui mempunyai masalah rabun warna. Ujian ini boleh dilakukan pada usia lima tahun dan ke atas terutamanya jika kanak-kanak sudah mula faham arahan yang diberi dan sudah boleh mengenal nombor.

Sekiranya kedua-dua belah keluarga ayah dan ibu diketahui ada mempunyai masalah rabun warna, maka kanak-kanak perempuan juga dinasihatkan untuk menjalani ujian penglihatan. Kebanyakan ujian penglihatan yang dijalankan di sekolah hanya tertumpu kepada akuiti penglihatan dan jarang sekali kanak-kanak disaring untuk masalah rabun warna.

Ujian penglihatan warna yang kebiasaannya dilakukan oleh optometris adalah dengan menggunakan carta yang direka khas untuk mengesan rabun warna (Ishihara colour plates) dan juga alat-alatan lain seperti D-15, 100 Hue dan Anamaloskop. Apabila rabun warna dikesan, ujian selanjutnya akan dijalankan untuk mengesan keterukan rabun warna tersebut dan jenis rabun warna yang dialami.

Setelah diagnosis diperoleh, konsultansi atau rundingan berkenaan keadaan penglihatan warna tersebut akan diberi dan satu surat khas akan dikeluarkan untuk menyatakan status penglihatan warna bagi orang rabun warna tersebut.

Bagaimana orang rabun warna dapat dibantu?

Pengesanan awal dari usia kanak-kanak dapat membantu membaiki kelemahan ini. Sepatutnya kita tidak melihatnya sebagai satu kecacatan. Mereka yang rabun warna dapat melihat warna kecuali persepsi warna itu sendiri yang dilihat berlainan daripada normal seperti warna merah cerah dilihat sebagai merah gelap atau hitam sementara warna hijau dilihat sebagai kuning coklat (bergantung pada keterukan rabun warna).

Sekiranya guru mengetahui bahawa kanak-kanak itu mempunyai masalah rabun warna, mereka dapat membantu atau mengajar kanak-kanak ini dengan cara yang berlainan dan lebih efektif. Bagi ibu bapa pula anda boleh menolong anak anda dengan melabelkan nama warna pada pensel warnanya supaya dia dapat memilih warna yang sepatutnya apabila melakukan aktiviti mewarna. Ini dapat mengelakkan dirinya daripada diejek oleh rakan-rakan.

Mereka juga perlu dibantu untuk mengenal warna sebenar meskipun persepsi warna yang dilihat adalah berlainan, contohnya: rumput berwarna hijau gelap dan bukannya hijau muda. Rabun warna tidak mempunyai sebarang rawatan khusus. Terdapat alat optikal seperti kanta sentuh khas dan cermin mata dengan penapis warna tertentu dapat membantu untuk meningkatkan tona warna lantas mampu membezakan warna-warna defek dengan lebih mudah.

Walau bagaimanapun ini bukanlah satu kaedah rawatan yang dapat membantu kanak-kanak untuk mendapatkan persepsi warna yang lebih normal tetapi hanya satu kaedah untuk membolehkan seseorang mengecam warna dengan lebih baik. Namun, kejayaan alat-alat ini amat bergantung kepada tahap rabun warna individu itu sendiri.

Berapa jeniskah buah-buahan yang dapat anda lihat?

Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal (trikromat) akan dapat melihat lima timbunan buah-buahan yang berlainan jenis. Dari belakang kelihatan timbunan buah-buahan berwarna merah, hijau, merah, kuning dan oren.

Orang yang mempunyai rabun warna merah-hijau sukar melihat semua timbunan buah-buahan dengan jelas. Kemungkinan hanya tiga atau empat jenis buah-buah yang dapat dilihat mereka.

Sweet Charity mp3

Lady Gaga mp3

Saturday, May 16, 2009

Dato' Mufti Haji Ishak bin Baharom

BIODATA
Dato' Mufti Haji Ishak bin Baharom (1 Januari 1928 - 30 Januari 2008) merupakan bekas mufti negeri Selangor Darul Ehsan dan juga merupakan seorang pendakwah bebas. Beliau telah dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jaafar , berketurunan Banjar, berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Beliau mendirikan rumahtangga pada 1963 dengan Datin Hajah Maznah bte Yusuf yang berasal dari Manong, Kuala Kangsar, Perak. Hasil perkahwinan ini, mereka mendapat 3 anak.
PENDIDIKAN
Dato Haji Ishak baharom bersekolah di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai , Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.
MUFTI
Beliau menjawat jawatan Mufti Selangor pada 16 Ogos 1985 dan disahkan oleh Sultan Selangor. Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik sebagai Mufti Selangor pada 1985 ialah Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38 Sabak Bernam. Beliau menjawat jawatan mufti selama 12 tahun (1985-1997).
Beliau bekerjasama dengan para peguam syarie untuk memantapkan undang-undang Islam terutama undang-undang jenayahn Islam di Selangor. Timbalan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Muhammad Burok melihat inisiatif beliau mendapat sambutan masyarakat Islam.
Pada 1997 berikutan penegasannya bahawa pertandingan ratu cantik adalah haram, Allayarham telah 'dipecat' daripada jawatan mufti kerana perkara tersebut menjadi isu politik. Kerajaan negeri Selangor menggunakan istilah 'tidak memperbaharui kontrak' beliau yang akan tamat pada Oktober 1997. Ketika itu umur beliau 70 tahun.
Tindakan tegas beliau ini disifatkan sebagai suara berani seorang mufti di Malaysia. Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin menyifatkan beliau sukar dicari ganti.
Sungguhpun Allahyarham tidak lagi menjalankan tugasnya sebagai mufti, perjuangannya dalam menyampaikan syiar Islam tetap diteruskan sebagai penceramah dan pendakwah bebas.
PERTANDINGAN RATU CANTIK
Perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan memang dilarang dalam agama Islam. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam negeri Selangor mengenai fakwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah dua tahun diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 ["Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)]. [1] Media menyiarkan bantahan orang ramai terhadap tindakan menggari tiga gadis Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik itu, Pertandingan itu telah diadakan pada 13 Jun 1997 di di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya dan pengumuman larangan orang Islam menyertai sukan bina badan oleh Mufti Sarawak. Ahmad Lutfi Othman telah mengupas isu ini dalam buku bertajuk "Mufti lawan Mahathir". [2]
PENCERAMAH PAS
Sumbangan idea dan pemikirannya berterusan apabila Allahyarham bergiat aktif dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik ahli Majlis Syura' Ulama PAS bagi tempoh dua penggal iaitu 2003-2005 dan 2005-2007.
Beliau telah dijemput menberikan penerangan tentang kesyumulan Islam di pentas-pentas politik PAS.
MENINGGAL DUNIA
Pada 30 Januari 2008, Dato' Haji Ishak, 80 tahun, telah meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala pada jam 2.30 pagi di Hospital Sungai Buloh. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 6 petang . Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Sungai Buloh, Dr. Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa beliau tidak sedarkan diri dan koma akibat pedarahan dalam kepala.[3]Jenazah beliau dibawa ke rumah beliau di No 194 Jalan Tun Sambanthan Taman Sri Andalas Klang. Kemudian dikebumikan pada 31 Januari 2008 di kompleks Makam di Raja, Selangor.
Antara pemimpin yang hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad dan Dr Syed Azman ImageSyed Nawawi; Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Osman Sabran; Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Timbalannya, Wan Hasrina Wan Hassan; dan Ketua Penerangan, Salbiah Abd Wahab.
Turut hadir ialah Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli MPT KeADILan, Ustaz Badrulamin Baharon; Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib; dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato' Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz .
PETIKAN:
“Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Kita pun tau. Ahmad Sabu pun ulama’ jugak, Mustapha Ali ulamak.” Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia- inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.” (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
“Tapi Mufti Selangor (Dato’ Ishak Baharom) raja pun nak suruh buang dia. Raja pun tak setuju dengan dia. I think you’d better take action. Call him up dan tell him that he has breached the government punya regulations that he must be terminated dan kita tak bagi tauliah pada dia. Walaupun dia bukan pegawai kerajaan, orang bersyarah berkenaan dengan agama tanpa tauliah, akan diambil tindakan.”(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
“Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai)
“Kita hormati Mufti pasal sesuatu peraturan yang dibuatnya, tetapi kalau Mufti mengambil tindakan tidak mengikut Islam, takkan kita tak boleh tegur. Ini pegawai yang dibayar gaji oleh kerajaan yang dengan mudah menuduh orang itu murtad dan orang ini murtad” (Mahathir Mohamad, 1997, mengulas kenyataan Dato’ Ishak Baharom yang menyatakan mereka yang tidak setuju dengan fatwa larangan pembabitan gadis Islam dalam pertandingan ratu cantik boleh menjadi murtad)

Dato' Seri Dr. Haji Harussani Haji Zakaria.

BIODATA
Beliau dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak . Isterinya Datin Seri Hajjah Ainon binti Abdul Ghani. Anak 4 orang. Tinggal di 109, Jalan Abdul Hamid, Kampung Melayu, Sungai Rapat, 31350 Ipoh, Perak.
PENDIDIKAN
1960 – 1964 : Diploma Pendidikan, Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya , Klang, Selangor
1959 – 1960 : Kuliah Al-Attas, Johor Bharu, Johor
1956 – 1959 : Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak
Anglo Chinese School, Parit Buntar, Perak
Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak
Kursus pendedahan di Muslim College of London, United Kingdom (10 Januari – 29 Jun 1989)
JAWATAN
1992 – Sekarang : Mufti Perak, Jabatan Mufti Negeri Perak
1985 – 1992 : Mufti Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Agama Perak
1973 –1985 : Kadi Besar, Jabatan Agama Pulau Pinang
1970 – 1984 : Pensyarah Sambilan, Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang
1968 – 1978 : Pensyarah Sambilan, [[Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang.
1967 – 1973 : Kadi, Jabatan Agama Pulau Pinang
1964 – 1967 : Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri
KHIDMAT MASYARAKAT
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak Darul Ridzuan (Oktober 2000 – sekarang)
Pengerusi Jawatankusa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan
Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam
Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran (KDN – Timbalan Pengerusi)
Ahlim Majlis Fatwa Kebangsaan
Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak
Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Ahli Lembaga Pengarah IDC Urus Ladang Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak) Perak Darul Ridzuan
Ahli Lembaga Pengarah IDC Urus Niaga Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak) Perak Darul Ridzuan
Ahli Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Ahli Majlis Pengawasan Syariah Takaful Nasionl Sdn. Bhd.
Yang DiPertua Persekutuan Seruan Islam Negeri Perak
Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej UNISMA
Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelaras Dakwah dan Pembelajaran Negeri
Ahli Dewan Negara Negeri Perak
Ahli Tetap Lembaga Pengarah Kolej Islam Darul Ridzuan
Ahli Jawatankuasa Majlis Keutuhan Negeri Perak Darul Ridzuan
Penceramah jemputan di masjid-masjid dan institusi agama di seluruh negara.
Panel jemputan dalam forum-forum agama anjuran jabatan-jabatan kerajaan dan kementerian-kementerian dalam dan luar negara.
AKTIVITI AKADEMIK
Pesidangan Ulama’ Nusantara : Islam Di Alaf Baru : Menggaris Agenda Alaf Baru (26 November 1998)
Seminar Pemindahan Ginjal dan Cabaran dan Kemajuan Yang Dihadapi Islam di Rantau Ini (6 – 8 Mei 1994, Singapura)
Dialog Agama di antara penganut Islam, Yahudi dan Kristian, Bendor, Jerman (1989)
Ceramah dan dialog bersama pelajar-pelajar di Washington, Amerika Syarikat (1996)
Lawatan sambil belajar ke Negara-negara Timur Tengah dan Eropah anjuran Lembaga Perancang Keluarga Negara (1 – 9 Mac 1977)
Muzakarah Ulama’ Nusantara : Islam Di Alaf Baru : Menggaris Agenda Alaf Baru ( 26 November 1998)
PENERBITAN
Irsyad Hukum (Menyentuh Persoalan Semasa)
Muammalah Hidup Islam – (Kompilasi 13 Tajuk Kertas-kerja) (1996)
Syaitan Musuh Insan, Tahun (4) Siri (17) (1398/1978)
Hukum-Hukum Perkahwinan (1999)
Amalan Di Bulan Ramadhan Mengikut Al-Quran dan As-Sunnah (1998)
Rukyah dan Hisab (2000)
Ibadah Qurban (1999)
KERTAS KERJA
Siapa Kita
Kesantunan Yang Mulia
Kerja Sebagai Aktiviti Ibadat
Peranan Da’I Menuju Ke Wawasan 2020
Kontrasepsi dan Perancang Keluarga
Islam Pada Pandangan Orang Bukan Islam Di Malaysia
Zakat Membawa Berkat Mensyukuri Ne’mat
Batul Mal, Zakat dan Wakaf : Hukum dan Pelaksanaan
Islam dan Cabarannya Masa Kini
Dakwah Masa Kini dan Cabarannya
Penerapan Nilai-Nilai Islam
Pemindahan Ginjal
Peranan dan Tanggungjawab Ulama’
ANUGERAH
2001 : Darjah Kehormat Doktor Syariah (gelaran Dr.) oleh Tuanku Canselor Universiti Malaya, DYMM Paduka Seri Sultan Perak
1999 : Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak
1994 : Jaksa Setia Mahkota oleh DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong
1986 : Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP)oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak
1978 : Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang
1976 : Pingakt Kelakuan Terpuji (PKT) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang
1975 : Pingat Jasa Kebaktian (PJK)oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Yusuf Saigon Al-Banjari

SALAH seorang anak Mufti Jamaluddin bin Muhammad Arsyad al-Banjari, ialah Muhammad Thasin al-Banjari. Beliau mengembara ke beberapa buah negeri kerana menyebarkan agama Islam terutama sekali dalam bidang ilmu tajwid. Sewaktu beliau merantau ke Brunei, berkahwin di sana, memperoleh anak bernama Ramli. Diriwayatkan ramai keturunannya di Brunei dan Sabah. Muhammad Thasin al-Banjari meneruskan perantauannya ke Pontianak, Kalimantan Barat memperoleh tiga orang anak lelaki, iaitu Muhammad Yusuf, Muhammad Arsyad dan Abdur Rahman.Diriwayatkan, bahawa Muhammad Yusuf bin Haji Thasin setelah belajar ilmu-ilmu keislaman secara mendalam, beliau meneruskan usaha akhirnya menjadi saudagar intan. Muhammad Yusuf juga merantau ke seluruh tanah Kalimantan. Selanjutnya Muhammad Yusuf merantau ke Sumatera, hingga beliau meneruskan perantauannya ke luar negeri, iaitu ke Saigon dan Kemboja. Di Kampung Melayu, Kemboja, Muhammad Yusuf berkahwin lagi. Beliau seorang yang berpengalaman dalam perkahwinan. Diriwayatkan, sepanjang hidupnya Muhammad Yusuf pernah berkahwin sebanyak empat puluh kali. Isterinya ke empat puluh yang berasal dari Kemboja itulah yang dibawanya pulang ke Kalimantan Barat. Di Pontianak, Muhammad Yusuf membuka tanah perkebunan getah yang sangat luas. Setelah usahanya menjadi, diberinya nama kampung itu sebagai ``Kampung Saigon''. Akhirnya beliau sendiri terkenal dengan panggilan Yusuf Saigon dan hilanglah nama Banjarnya. Oleh itu ramai orang menyangka Muhammad Yusuf adalah orang Saigon bukan orang Banjar.INSTITUSI PENDIDIKANKedua-dua anak Muhammad Thasin al-Banjari yang tersebut di atas, iaitu Muhammad Yusuf dan Muhammad Arsyad Pontianak, setelah mereka melihat kesuburan pohon-pohon getah hasil usaha gigih dan susah payah mereka sendiri, bangkitlah kembali cita-cita untuk meneruskan perjuangan moyang mereka, iaitu Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari yang sangat masyhur itu. Mereka berdua beriktikad, bahawa tiada satu perjuangan pun yang lebih mulia, dapat menyelamatkan seseorang sama ada di dunia mahu pun akhirat, melainkan perjuangan menyebarkan ilmu-ilmu yang diajarkan oleh para nabi dan rasul Allah. Bahawa Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., nabi dan rasul akhir zaman, tidak syak lagi adalah satu-satunya agama yang wajib diperjuangkan oleh setiap insan Muslim. Urusan mencari dana untuk kepentingan umat Islam ditangani oleh Muhammad Yusuf, sedangkan untuk propaganda dan dakwah dilakukan oleh saudaranya, Muhammad Arsyad.Cita-cita kedua-dua adik beradik itu dikabulkan oleh Allah, kerana dalam tahun 1925 M. datanglah seorang pemuda yang alim dari Ketapang bernama Abdus Shamad yang mendapat pendidikan di Madrasah Shaulatiyah, Mekah. Salah seorang guru beliau di Madrasah Shaulatiyah, Mekah ialah Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman, yang kemudian dikenali sebagai Syeikhul Islam di Kerajaan Selangor. Abdus Shamad ditampung oleh Muhammad Yusuf Saigon, lalu didirikanlah pondok-pondok tempat tinggal para pelajar, ketika itu berdirilah Pondok Pesantren Saigoniyah yang dianggap sebagai pondok pesantren yang pertama di Kalimantan Barat. Sungguhpun demikian, sebenarnya sistem pendidikannya bukan sistem pondok, kerana ia juga mempunyai bangku-bangku tempat duduk para pelajar. Dikatakan sebagai pondok pesantren yang pertama di Kalimantan Barat hanyalah kerana di Pondok Pesantren Saigoniyah yang pertama sekali terdapat pondok-pondok tempat tinggal para pelajar yang dimodali oleh Muhammad Yusuf Saigon. Ada pun pengajian pondok selain itu ialah Dar al-'Ulum yang diasaskan oleh Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, murid Tok Kenali. Pengajian pondok beliau terletak di Kampung Terusan, Mempawah. Hanya pondok pengajian inilah satu-satunya pondok pengajian tanpa kelas dan tanpa bangku, sistem pendidikannya sama dengan di Patani, Kelantan, Kedah dan Pulau Jawa. Dalam tahun 1975, beberapa orang kader Pondok Pesantren Saigoniyah dan Dar al-'Ulum bergabung, sama-sama mengajar di Pondok Pesantren Al-Fathaanah di Kuala Mempawah. Oleh itu bererti kelanjutan daripada kedua-dua institusi yang tersebut, masih berjalan terus sampai sekarang.Kader-kaderPondok Pesantren Saigoniyah banyak mengeluarkan kader-kader yang mengajar di beberapa tempat di Kalimantan Barat tetapi sekarang hampir semuanya telah meninggal dunia. Pondok Pesantren Saigoniyah hilang atau tenggelam namanya akibat perang dunia yang kedua, tentera Jepun sangat ganas di Kalimantan Barat. Setelah Jepun kalah, nama itu tidak muncul lagi, nama baru yang muncul dalam tahun 1977 ialah Madrasah Al-Irsyad. Nama baru ini diberikan bertujuan mengabadikan nama Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan nama keturunan beliau, iaitu Muhammad Arsyad. Beliau adalah satu-satunya ulama yang dihormati di Kampung Saigon ketika itu.Memandangkan institusi-institusi pendidikan pondok di beberapa tempat di Pulau Jawa mencapai kemajuan, sebaliknya di tempat-tempat yang lain termasuk di Malaysia mengalami kemerosotan, bahkan ada yang hanya dikenang namanya saja, rasanya perlulah insan-insan yang sedar dan insaf berjuang menghidupkannya kembali. Ini kerana sistem pengajian pondok satu ketika dulu diakui oleh ramai pihak sebagai institusi yang mencerdaskan umat Melayu sejagat. Dengan perkembangan dunia yang serba canggih dan moden, institusi pondok perlu canggih dan moden juga. Pondok Pesantren Saigoniyah yang satu ketika dulu pernah terkenal di Kalimantan Barat, bahkan menjadi dipuji oleh masyarakat Banjar di mana saja mereka berada, sekarang telah tiada. Kita mengharapkan pejuang-pejuang pendidikan sistem pondok dunia Melayu tetap berfikir dan berusaha ke arah sesuatu yang hilang akan ada gantinya.Sebagaimana kita ketahui, Muhammad Yusuf Saigon, yang berperanan dalam pembinaan Pondok Pesantren Saigoniyah, adalah salah seorang keturunan Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Perlu juga kita ketahui, dalam zaman yang sama keluarga ini juga menjalankan aktiviti serupa di tempat-tempat lainnya di dunia Melayu, bahkan termasuk juga Mekah. Sebagai contoh Mufti Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari mengasaskan pengajian pondok di Parit Hidayat, Sapat, Inderagiri Hilir, Sumatera. Tuan Husein Kedah al-Banjari mengasaskan beberapa tempat pendidikan sistem pondok di Malaysia. Beliau memulakan aktivitinya di Titi Gajah, Kedah, selanjutnya di Pokok Sena, Seberang Perai, Pulau Pinang yang dikenali dengan Yayasan Pengajian Islam Madrasah Al-Khairiah.Selain institusi pendidikan di Pontianak, Kalimantan Barat, Sapat, Inderagiri dan Malaysia sebagaimana yang disebutkan di atas, masih banyak lagi institusi pendidikan keluarga ulama Banjar tersebut di tempat-tempat lain, sama ada di Banjar mahu pun di Pulau Jawa. Di Bangil, Jawa Timur ada pondok pesantren yang diasaskan keluarga ini, seperti Pesantren Datuk Kelampayan. Pondok tersebut diasaskan oleh al-`Alim al-Fadhil Kiyai Haji Muhammad Syarwani Abdan al-Banjari. Datuk Kelampayan adalah gelaran untuk Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari kerana beliau dimakamkan di Kelampayan. Di Dalampagar (Banjar) sekurang-kurangnya terdapat dua buah institusi pendidikan yang diasaskan oleh keluarga ini, demikian pula di Teluk Selong, Kampung Melayu dan lain-lain. Dua buah madrasah di Dalampagar diberi nama Madrasah Sullam Al-'Ulum dan Madrasah Mir'ah ash-Shibyan. Yang di Teluk Selong diberi nama Madrasah Sabil Ar-Rasyad. Yang di Sungai Tuan diberi nama Madrasah Al-Irsyad.Yayasan yang diasaskan oleh keluarga ulama Banjar tersebut juga terdapat di beberapa tempat, seumpama Yayasan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari. Yayasan terbentuk dalam rangka haul ulama tersebut yang ke 160 kali oleh panitia (jawatan kuasa) pada 30 November 1967, hari kewafatan beliau yang jatuh pada 7 Syawal 1387 H/7 Januari 1968 M, diadakan di Kompleks Kubah Kelampayan, Kalimantan Selatan. Guru agama dalam keluarga ulama Banjar ini bernama Kiyai Haji Muhammad Saman bin Muhammad Saleh (lahir 3 November 1919) yang telah berhasil mengasaskan Yayasan Pendidikan dan Pengembangan Ilmu Makrifatullah wa Makrifatur Rasul Nurul Islam di Banjar dan sejak tahun 1972 telah berhasil mengajar dan berdakwah di negeri Sabah. Ada beberapa orang besar dan tokoh terkemuka di Sabah yang merupakan murid beliau, di antaranya ialah Datuk Mohd Ainal bin Haji Abdul Fattah, PGDK, LLB, MBA (UMS), penyusun buku Dokumentasi Pilihan Raya Ke-11, cetakan pertama tahun 2005 yang lengkap dengan pelbagai gambar. Buku tersebut telah dilancarkan oleh Datuk Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat 22 Julai 2005 di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC).PENULISANMuhammad Arsyad bin Haji Muhammad Thasin al-Banjari adalah seorang ulama. Beliau juga menyebarkan Islam dengan cara berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Sungguh pun beliau merantau namun sempat juga menghasilkan beberapa buah karangan. Di antaranya yang diberi judul Tajwid Fatihah. Karya beliau pula ialah Tajwid al-Quran, diselesaikan di Pontianak, hari Isnin, 8 Ramadan 1347 H. Cetakan pertama kedua-dua karya tersebut dicetak oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan, Singapura, 29 Jamadilawal 1348 H. Menurut keterangan anak beliau, Fauzi Arsyad masih ada beberapa buah karangan Muhammad Arsyad, ayahnya itu, di antaranya ialah Ilmu Ushul Fiqh. Dengan sangat disesali saya hanya memperoleh dua judul yang tersebut di atas saja, ketika saya menyusun buku Syeikh Muhd. Arsyad Al-Banjari Matahari Islam (1402 H/1982 M) beliau berjanji akan membongkar kitab-kitab yang ada dalam simpanan untuk mendapatkan semua karangan ayahnya, namun hingga beliau meninggal dunia karangan-karangan yang dimaksudkan gagal diperoleh.Ilmu Ushul Fiqh termasuk salah satu ilmu yang tidak banyak ditulis dalam bahasa Melayu, Prof. Dr. Hamka menulis, ``Orang pertama menulis Ilmu Ushul Fiqh dalam bahasa Melayu ialah Dr. Haji Abdul Karim Amrullah yang diberinya judul Sullamul Ushul Yurqabihi Samma'u Ilmul Ushul, selesai ditulis pukul 6.30 pagi, hari Sabtu, 24 Muharam 1333 H atau 12 Disember 1914 M di Jambatan Besi, Padang Panjang.'' Jika ushul fiqh karya Muhammad Arsyad bin Haji Muhammad Thasin dapat ditemui tentu kita dapat membandingkannya dengan karya ayah atau orang tua Buya Hamka itu. Kemungkinan karya ulama keturunan Banjar itu lebih dulu atau pun jika terkemudian rasanya dalam jarak tahun yang tidak begitu jauh. Kerana kedua-dua ulama yang berasal dari Banjar dan Minangkabau itu menjalankan aktiviti pendidikan, dakwah dan penulisan adalah dalam tahun-tahun yang bersamaan.

Peringatan Peristiwa 13 Mei 1969

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen telah menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) pula menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan oleh pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur dan menyuruh mereka kembali ke hutan.Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan perarakan besar di Selangor. Perarakan tersebut telah menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru ketika itu diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini juga letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (’menyingkir’) orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya yang telah melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh yang menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maafnya sudah terlambat.Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini sebenarnya tidak dirancang.
Orang Melayu mula berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur kerana marah dengan kelakuan kurang ajar Gerakan. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Tetapi rupa-rupanya, ada di anatra mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato’ Harun Idris untuk mengamuk.
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap dikalangan orang Melayu. Pada jam 3.00 petang, berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak yang terletak hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor telah tersebar.
Bermula jam 4.00 petang, dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya juga dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Orang Cina dan pemuda Cina ini pula lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Rusuhan besar pun terjadi. Perintah darurat dikeluarkan dan semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer turut dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Rejimen Renjer
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer mengambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang. Ketua Rejimen Renjer ketika itu dikatakan adalah seorang Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru mula mengamuk bila merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das tembakan turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Pentadbiran mula diambil-alih oleh Askar Melayu.
Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru untuk membantu dihalang. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat juga dihalang oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Angka korban
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [1]
Di mana Tunku
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.
Bagi orang Melayu, Dato’ Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei 1969.Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku “Dilema Melayu” (”Malay Dilemma”) oleh Tun Dr Tun Dr. Mahathir telah diharamkan.
Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.
Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.

Panglima Melayu Kiai Salleh

Kiai Salleh atau Panglima Salleh, nama sebenarnya Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1916. Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menimba ilmu agama dan mempertahankan diri daripada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Ara Pasung, Pontian, Johor. Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat, Johor.

Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau "Kiai Salleh" atau "Panglima Salleh Selempang Merah" merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II. Kepimpinan Haji Mohd Salleh terserlah semasa kekalahan pihak Tentera Jepun di tangan pihak Tentera Berikat pada pertengahan bulan Ogos 1945. Di Semenanjung Tanah Melayu, peristiwa tersebut menimbulkan apa yang dinamakan tempoh Kekosongan Kuasa. Tempoh tersebut berlangsung selama dua minggu sehingga ketibaan Askar British yang menandakan permulaan Pentadbiran British Baru di Tanah Melayu.

Sebelum ketibaan pihak British, pihak komunis yang dikenali sebagai Askar Bintang Tiga yang sebelum itu berjuang menentang Jepun di bawah payung Malayan People Anti-Japanese Army atau MPAJA telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang-orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah tanpa mengikuti proses undang-undang yang betul. Lazimnya mereka yang di dapati bersalah akan dikenakan hukuman mati.

Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di kawasan Batu Pahat dan Muar di Johor. Masyarakat Melayu di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, yang pada ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjatapi untuk mempertahankan diri telah memilih Haji Mohd Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari kekejaman Askar Bintang Tiga.

Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar. Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran tentera parang panjang dan 'Selempang Merah iaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh.

Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh dan pengkutnya mendakwa ramai Askar Bintang Tiga melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukanya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja. alauapapun yang sebenarnya berlaku, yang jelas adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim berjaya menyekat kegiatan Askar Bintang Tiga pada masa itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah Melayu.

Kegagahan dan keberanian, Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima. Bagi mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS)pada 17hb September 1955. Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959.

Friday, May 15, 2009

Yuna mp3

Saleem mp3

Sunday, May 10, 2009

Law mp3

Iron Maiden mp3

Katy Perry mp3

Rossa mp3

6ixth Sense mp3

Kitaro mp3

Saturday, May 9, 2009

Iklim

Spring mp3

ST12 mp3

Siti Nurhaliza mp3

Friday, May 8, 2009

Thursday, May 7, 2009

Black Eye Peas mp3

Unlock Apple iPhone